Politik wang Rasuah

Rencana utama: Politik wang

Politik wang ialah istilah rasuah bagi perlakuan mengunakan wang ringgit dalam pertandingan atau dalam mempengaruhi seseorang ahli atau perwakilan bagi meraih sokongan terhadap seseorang calon yang bertanding merebut jawatan yang dipertandingkan.

Secara mudah adalah wang tunai diberikan kepada pengundi bagi mendorong mereka mengundi calon berkenaan. Selain wang, pemberian berbentuk hadiah, barangan seperti kain pelikat / kain batik, dan pemberian tender atau kontrak tertentu jika bertujuan mempengaruhi pengundi, juga digolongkan sebagai politik wang.

Kempen meraih kuasa politik (atau meraih undi) sebenarnya memakan belanja besar, dan memang "sedih" jika seseorang politikus tidak cukup biayanya untuk menampung, atau setepatnya, menjamin masa depan politiknya. Lantaran itu, mereka "meminta-minta daripada yang sudi". Mungkin kerana kurang cekap "menutup lubang", mudah sahaja orang lain terutama musuh politiknya, terhidu betapa telah berlakunya penyelewengan, apabila politikus sedemikian dilihat memberi perlindungan, keistimewaan, dan keutamaan yang luar biasa kepada pihak (mungkin juga warna bisnes) yang telah melabur dalam perusahaan politiknya.